[bismillah+1.jpg]
ASSALAMUALAIKUM dan Selamat datang ke blog laman Myza. Laman ini memaparkan pelbagai flora yang ditanam dan fauna yang dipelihara atau diternak sendiri dan juga kekawan. Selamat menonton.

Isnin, 20 Disember 2010

Pokok Misai Kucing

Herba yang mudah ditanam dan banyak kegunaannya.
173 170 171 172
Top.bmp
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Kegunaan:
Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
Tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.
Kaedah penggunanya:
Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,
Bila sudah kering  daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air mentah. Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis.
Selain dari itu , akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.
Sumber:
Buku Penyembuhan Semula Jadi dengan Herba oleh Noraida Arifin
http://blog.hpa-online.net/artikel/kelebihan-dan-khasiat-herba-misai-kucing.
htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Misai_Kucing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan