[bismillah+1.jpg]
ASSALAMUALAIKUM dan Selamat datang ke blog laman Myza. Laman ini memaparkan pelbagai flora yang ditanam dan fauna yang dipelihara atau diternak sendiri dan juga kekawan. Selamat menonton.

Ahad, 27 Februari 2011

Bunga cantik tapi tak tahan lama……

D'laman 21.2.2011 009  D'laman 21.2.2011 001 D'laman 21.2.2011 002 D'laman 21.2.2011 003 D'laman 21.2.2011 004 D'laman 21.2.2011 005 D'laman 21.2.2011 006

Bunga ni di hadapan rumah kak Mai. Pokoknya  cantik menjalar di tepi pagar.  Tapi tak tahan lama bunganya.  Bunganya kembang serentak.  Tapi bila hujan…..sedih….habis bunganya…..

Ahad, 20 Februari 2011

Pergola anggur….

D'laman 20.2.2011 017 D'laman 20.2.2011 014 D'laman 20.2.2011 016

Pokok-pokok anggur baru dipangkas…….

Petola…..

D'laman 20.2.2011 019

Sebenarnya kak Mai tak pasti pokok apa yang tumbuh ni.  Main semai je…bila tumbuh tak tau pokok ape.  Abang kata pokok petola.  Nampak macam dah berbunga.  Kalau berbuah taulah pokok ape nanti ye…..

Pokok pinang…

D'laman 20.2.2011 018
Pinang ni benihnya berasal dari Thailand.  Menurut abang pinang ni macam pinang kampung tapi pokoknye rendah dah berbuah.  Ada tiga batang kami tanam di tepi rumah saja suka-suka sebagai hiasan……

Terung putih…

D'laman 20.2.2011 007

Petang tadi kak mai dan abang ke nurseri berhampiran sebab nak beli tanah.   Kak Mai ternampaklah pokok terung yang pelik ni.  Abang kata dia pernah jumpa di Penang dulu….tapi tak dapat lagi benihnya….ALHAMDULILLAH hari ni jumpa dah…kami terus beli….INSYALLAH kami akan jadikan benih untuk dibiakkan.

Keladi hiasan…..

D'laman 20.2.2011 004
Susahnya nak biakkan pokok hiasan ni.  Pernah tanam dalam pasu tapi tak mau hidup subur.  Kebetulan pasunya pecah kak Mai letakkan saja dalam pasu besar (bekas tanaman mas cotek)….kemudian tambah dengan sedikit tanah….ALHAMDULILLAH hari ni tengok cantiklah pula rupanya…… dah hidup dengan subur.

Tanduk rusa

D'laman 20.2.2011 010
Sesuai dijadikan pokok gantung… kak Mai gantung di tiang jer sebab tak de pokok besar….Pokok ni tumbuh meliar.  Banyak di ladang-ladang getah.  Kami ambil pokok ni pun di ladang getah di negeri sembilan…..Asalnya kami letak di dahan pokok longan ketika kami tinggal di Seri Kembangan.  Bila berpindah ke Bukit Mahkota 5 tahun dulu, kami bawa sekali…….Pokok ni perlu dedahan cahaya yang cukup tapi perlu sedikit perlindungan daripada matahari terik seperti di alam semula jadinya.
TIPS: Sesuai ditanam di ruang sempit seperti balkoni kerana tidak memerlukan tanah untuk tumbuh subur.  Kulit pisang dikatakan bahan makanan yang boleh menyuburkan tanaman ini.

D’laman 20.2.2011

Cantik bunga purple ni….tak tau namanya ape…..Rajin berbunga.  Tapi bunganya tak tahan lama.  Jenis pokok menjalar dan cantik dijadikan hiasan.

D'laman 20.2.2011 003 D'laman 20.2.2011 001

Rozel….

Pokok ni kak Mai tanam dalam pasu je…dulu banyak pokok ni di rumah.  Air daripada rozel ni sedap.  Rasanya seperti air rebena.  Hampas daripada rebusan buahnya boleh dijadikan jem.  Yummmy……sedap dimakan dengan roti.

D'Laman 19.2.2011 004 D'Laman 19.2.2011 003

Sekarang pokoknya dah tak banyak.  Benih yang ada ni pun kak Mai minta 3 butir bijinya di nurseri berhampiran.  Allhamdulillah hidup ketiga-tiga pokok ni dan baru mula berbuah. INSYALLAH benihnya mudah dibiakkan…….

Selasa, 15 Februari 2011

Di halaman rumah…

 

 D'Laman 13.2.2011 002

Ruang bersantai……

Pagi dan petang  amat sesuai bersantai di sini kerana redup.

Sebelah malam ok juga…

Tengah hari, boleh juga bagi yang berminat nak bakar lemak hu hu hu….

D'Laman 13.2.2011 003

Isnin, 14 Februari 2011

Belimbing buluh 13.2.2011

Belimbing buluh ni di belakang rumah kami di Bukit Mahkota.  Pokoknya taklah besar sangat. Lama juga nak tunggu pokok kecil ni berbuah……bila dah berbuah…ALHAMDULILLAH tak berhentilah pula…..Yang mengkagumkan buahnya di sepanjang dahan.  Lebih lebat buah daripada daunnya……Syukur dengan rezeki kurniaan ALLAH ni…..

Belimbing buluh 13.2.2011 004 Belimbing buluh 13.2.2011 001 Belimbing buluh 13.2.2011 002 Belimbing buluh 13.2.2011 003

Ahad, 13 Februari 2011

Projek Dusun Warisan Amanda Putri

             Assalamualaikum semua….. Hari ini 13.2 2011 kami mula mengorak langkah semula setelah projek dragon fruit mengalami kegagalan kerana serangan penyakit.  Beginilah rupa kebun kami……lama kami terhenti. Penat jerih, pengeluaran  modal….dan masa….selama lebih 4 tahun tapi akhirnya begini jadinya…..

Jom berkebun 13.2.2011 014Jom berkebun 13.2.2011 015Jom berkebun 13.2.2011 010Jom berkebun 13.2.2011 013Jom berkebun 13.2.2011 011Jom berkebun 13.2.2011 005Jom berkebun 13.2.2011 2 021

      Semalam kak Mai sekeluarga ke dusun milik kawan di Ulu Semenyih.   Kak Mai  dan suami menjadikannye sebagai contoh dalam membangunkan semula kebun kami.   Kak Mai kagum dengan kegigihan sepasang suami isteri ini kerana walaupun sudah lebih 4 tahun berkebun, tanpa kemudahan air dan elektrik…tapi masih mampu untuk menjadikan impiannya satu kenyataan.   Seronok kak Mai masuk ke dusunnya…….

      Sebenarnya sudah terlalu lama kami berfikir….apa kami nak buat dengan kebun kami ni??????? Nak tanam semula atau nak dijadikan dusun.  Kak Mai lebih kepada sebuah dusun terancang yang dapat memenuhi kepuasan diri. Kak Mai pujuk abang supaya jadikan dusun buah-buahan.  Seronok bila dapat kutip sendiri buah durian, petik buah rambutan, berkebun sayur dan memancing ikan bila pulang ke kampung dan berkumpul semua keluarga. Duit boleh dicari…….durian, rambutan, sayur dan ikan boleh dibeli.  Tapi tak sama nilainya dengan hasil dari kebun sendiri……..

      Mulut Si Putri telah berkata ketika kami melawat dusun kawan semalam “Kan seronok kalau kita punya kebun macam ni, seronok main bawah pokok”….Kata-katanya menusuk sanubari kak Mai….Betul juga kata Si Putri ni…Berlari dibawah bumbung batu tak seindah dan sesegar berlari dan bermain di bawah pepohon hijau.   Bila anak-anak dah besar takkan mereka nak berlari dan bermain-main lagi kalau tak sekarang ni……Insyallah 3 tahun lagi mungkin impian Putri akan menjadi kenyataan berlari dan bermain-main di dusunnya sendiri. 

       Saksikanlah gelagat Hadif dan Hadirah (Amanda Putri – nama pilihan abang)……pengusaha kecil ha ha ha….semangatnyalah juga telah membakar jiwa kami berdua

 

Jom berkebun 13.2.2011 002Jom berkebun 13.2.2011 003Jom berkebun 13.2.2011 004Jom berkebun 13.2.2011 009 Jom berkebun 13.2.2011 2 003 Jom berkebun 13.2.2011 2 007 Jom berkebun 13.2.2011 2 008 Jom berkebun 13.2.2011 2 013 Jom berkebun 13.2.2011 2 016 Jom berkebun 13.2.2011 2 017 Jom berkebun 13.2.2011 2 018 Jom berkebun 13.2.2011 2 024 Jom berkebun 13.2.2011 2 029Jom berkebun 13.2.2011 2 025 Jom berkebun 13.2.2011 2 028 Jom berkebun 13.2.2011 2 030Jom berkebun 13.2.2011 2 041 Jom berkebun 13.2.2011 2 004 Jom berkebun 13.2.2011 2 001 Jom berkebun 13.2.2011 2 031 Jom berkebun 13.2.2011 2 032 Jom berkebun 13.2.2011 2 006

 

               Sepanjang proses pembersihan semula kebun.   Pokok-pokok dragon dan tiang-tiangnya tak mampu dicabut oleh tenaga manusia.  Kami menyewa jentolak untuk menolak dan mengalihkan tiang-tiang batu yang amat berat ini.    Setakat tengah hari hampir separuh kebun berjaya dikemaskan.

Jom berkebun 13.2.2011 007Jom berkebun 13.2.2011 006Jom berkebun 13.2.2011 001Jom berkebun 13.2.2011 008    Jom berkebun 13.2.2011 017Jom berkebun 13.2.2011 018Jom berkebun 13.2.2011 019Jom berkebun 13.2.2011 050 Jom berkebun 13.2.2011 035Jom berkebun 13.2.2011 052 Jom berkebun 13.2.2011 039Jom berkebun 13.2.2011 040Jom berkebun 13.2.2011 045Jom berkebun 13.2.2011 041

 

 

Jom berkebun 13.2.2011 2 011 Jom berkebun 13.2.2011 2 010 Jom berkebun 13.2.2011 020

Kunyit dan daun kunyit yang terselamat dari kebun.  

 

Jom berkebun 13.2.2011 038Jom berkebun 13.2.2011 036

Pokok nangka yang ditanam di tepi pagar  telah mula berbuah……ALHAMDULILLAH……..

 

  Jom berkebun 13.2.2011 044Jom berkebun 13.2.2011 043

Pokok kantan.  Tanaman pertama hari ini sebagai kenangan bagi mengorak langkah.  Kak Mai suka pokok kantan ni, disamping digunakan dalam masakan, pokoknya cantik dijadikan hiasan.

Jom berkebun 13.2.2011 047Jom berkebun 13.2.2011 048Jom berkebun 13.2.2011 042Jom berkebun 13.2.2011 053 Jom berkebun 13.2.2011 049Jom berkebun 13.2.2011 051Jom berkebun 13.2.2011 054

Tanaman kedua hari ini ialah dua batang pokok kelapa pandan. Abang menanamnya berhati-hati.  Sempat letakkan sedikit dawai sebagai pelindung musuh utama…….Sang Pig Hutan……Kalau tiada ganguan… INSYALLAH…. 2 tahun setengah dapatlah makan isi dan minuman airnya yang wangi bagi menghilangkan dahaga…….Semoga impian kami sekeluarga menjadi kenyataan… Apa yang penting……..Usaha dan Kerjasama…..

Kerja-kerja pembersihan kawasan berhenti rehat jam 12.00.  Kalau cuaca ok akan diteruskan jam 2.00 nanti………

Lebih kurang jam 3.00 petang kami kembali semula ke kebun.   Terlihat seekor kera sedang meloncat keluar dari kebun…mesti sedang cuba mencari rezekinya di kebun kami…….bertaburan buah markisa di tepi pagar………rezeki kamulah nampaknya Sang Kera………..Kebun kami pun kosong lagi belum ada buah-buahan lain yang boleh dijadikan makanan……..

Kerja-kerja menolak pokok-pokok dragon diteruskan semula……mungkin sudah bermula dari jam 2.00 petang tadi…Beginilah rupanya saat-saat terakhir kebun Dragon Fruit kami…..

 Jom berkebun 13.2.2011 2 002Jom berkebun 13.2.2011 2 009Jom berkebun 13.2.2011 2 012Jom berkebun 13.2.2011 2 015 Jom berkebun 13.2.2011 2 023Jom berkebun 13.2.2011 2 035Jom berkebun 13.2.2011 2 036Jom berkebun 13.2.2011 2 037Jom berkebun 13.2.2011 2 039Jom berkebun 13.2.2011 2 043Jom berkebun 13.2.2011 2 044Jom berkebun 13.2.2011 2 046Jom berkebun 13.2.2011 2 047Jom berkebun 13.2.2011 2 062Jom berkebun 13.2.2011 2 064Jom berkebun 13.2.2011 2 067

Dengan tolakkan terakhir pokok dragon fruit ini………..maka akan bermulalah projek baru.. “DUSUN WARISAN AMANDA PUTRI”……sama-samalah berdoa akan kejayaannya. INSYALLAH.