[bismillah+1.jpg]
ASSALAMUALAIKUM dan Selamat datang ke blog laman Myza. Laman ini memaparkan pelbagai flora yang ditanam dan fauna yang dipelihara atau diternak sendiri dan juga kekawan. Selamat menonton.

Sabtu, 11 Disember 2010

Mahkota dewa

                Pokok Mahkota Dewa ni dihadiahkan oleh seorang rakan pengemar herba kepada suami kak Mai yang baru pulang dari Indonesia .   Asalnya beliau memberi kami 3 batang anak pokok.  Kami alihkan ke dalam pasu besar.  Kemudian saya telah memberikan sebatang kepada seorang rakan yang benar-benar memerlukannya.  Dan sebatang pula mati. Kami tidak tahu apakah kegunaan pokok ini tetapi menurut kawan suami pokok ni banyak khasiatnya.  Salah satunya untuk mengubati penyakit kanser.

Mahkota dewa 5.12.2010 010

 Mahkota dewa 5.12.2010 003Mahkota dewa 5.12.2010 009

Mahkota dewa 5.12.2010 006 Mahkota dewa 5.12.2010 008

                Awalnya kak Mai tidak tahu bagaimana hendak membiakkan pokok ini.  Buahnya memang banyak  walaupun hanya sebatang pokoknya.  Kak Mai berikan buah-buah tersebut kepada kekawan yang memerlukan untuk dijadikan ubat.  Macam-macam pandangan tentang cara menggunakan buahnya.  Ada yang suruh rebus buahnya dengan 4 cawan air dan dijadikan satu cawan kemudian diminum.  Kak Mai rasa was-was, kak Mai cari dalam internet bagaimana penggunaannya.  Rupa-rupanya buahnya elok dijadikan teh selepas dikeringkan. 

Buah yang banyak kak Mai hiris.  Bijinya kak Mai jemur untuk dijadikan benih.  Sayangnya sebatang pun tak tumbuh.  Kali kedua berbuah kak Mai biarkan jatuh. Beberapa minggu kemudian kak Mai dapati beberapa batang anak pokok tumbuh.  Kak Mai alihkan ke dalam pasu kecil.

Kak Mai pun hadiahkan pokok-pokok tersebut kepada kawan-kawan dan pengunjung rumah kak Mai  yang membeli benih-benih anggur di laman anggur kak Mai.   Terima kasih kepada kawan yang telah memberi kami pokok  ni.   Banyak jasanya dan dapatlah kami  kongsi dengan orang lain. 

Di bawah ini disertakan proses bagaimana menjadikan buah mahkota dewa sebagai tea herba yang sungguh berkhasiat sebagai penawar kanser….insyallah.  Jika berminat boleh kita kongsi bersama-sama.

 

Mahkota dewa 003 Mahkota dewa 001 Mahkota dewa 004 Mahkota dewa 005 Mahkota dewa 006 Mahkota dewa 007 Mahkota dewa 008 Mahkota dewa 009 Mahkota dewa 010

Buah-buah yang telah dihiris bolehlah dijemur atau dikeringkan di dalam oven.  Biar betul-betul kering sebelum direbus menjadi teh herba.

1 ulasan:

  1. tahniah kerana berkongsi pendapat untuk penggemar yang mengamalkan penggunaan pokok-pokok herba sebagai ketahana tubuh badan

    BalasPadam