[bismillah+1.jpg]
ASSALAMUALAIKUM dan Selamat datang ke blog laman Myza. Laman ini memaparkan pelbagai flora yang ditanam dan fauna yang dipelihara atau diternak sendiri dan juga kekawan. Selamat menonton.

Isnin, 20 Disember 2010

Bunga harum…

IMG_0754
Kak Mai tak tau pokok apa ni….tapi akarnya seperti halia….bunganya berbau wangi.  Pembiakkannya seperti halia. kalau ada sesiapa yang tahu,,,kongsi sama-sama dengan kak Mai ye….

Pokok Misai Kucing

Herba yang mudah ditanam dan banyak kegunaannya.
173 170 171 172
Top.bmp
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Kegunaan:
Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
Tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.
Kaedah penggunanya:
Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,
Bila sudah kering  daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air mentah. Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis.
Selain dari itu , akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.
Sumber:
Buku Penyembuhan Semula Jadi dengan Herba oleh Noraida Arifin
http://blog.hpa-online.net/artikel/kelebihan-dan-khasiat-herba-misai-kucing.
htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Misai_Kucing

Cendawan

IMG_6961
cendawan dipasu pokok kiwi 1
IMG_7657
IMG_7658
Cendawan ni tumbuh di pasu pokok kiwi.  Kak Mai tak berani nak makan sebab takut beracun…tapi rupanya macam sedap jer untuk dimakan…….

Buluh…..

Rebung 001 Rebung 002 Rebung 003 Rebung 009 Rebung 011 Rebung 012
Buluh rumah kak Mai asalnya untuk hiasan.  Tapi ALHAMDULILLAH…. bukan setakat hiasan je….rebungnya dah beberapa kali kak Mai  gulai……..sedap.

Sirih

D'Laman 012
Pokok sirih tumbuh menjalar dan melilit. 

Kiwi

Halaman rumah 20.8.2010 001
Poko kiwi ni hadiah daripada rakan Taman Flora.  Susah nak naikkan pokok ni.  Dalam proses penjagaan ni…..

Pokok Tenggek Burung.

 

D'Laman 005

 

D'Laman 002 

Gambar atas: Pokok tenggek burung

Gambar bawah:  Pucuk tenggek burung

Kak Mai suka buat ulam pucuknya.  Banyak khasiatnya.  Salah-satunya amat baik untuk pengidap kencing manis.  Pucuk ni boleh didapati di pasar tani.  Arwah bapa kak Mai memang suka makan pucuk ini.  Tapi bapa cari sendiri….selalunya tumbuh liar di tebing-tebing sungai.  Di kampung kak Mai tumbuh meliar di sawah padi.  Tapi sekarang tak jumpa dah sebab dah dijadikan taman perumahan…..Sebab tu kak Mai tanam juga di rumah kak Mai.   Tak perlu nak cari di pasar tani.

Khamis, 16 Disember 2010

Tebu….

 

175 177

Gambar atas:  Tebu hitam di halaman rumah kami.

Gambar bawah:  Kebun tebu kami di Kampung Ramuan Cina Besar.

IMG_1728 IMG_1729 IMG_1730 IMG_1731 IMG_1732 IMG_1733 IMG_1736

Selasa, 14 Disember 2010

Laman Myza

190219 Bunga halaman 7.10.2010 009 Halaman rumah 20.8.2010 004 Halaman rumah 20.8.2010 002 Halaman rumah 20.8.2010 003 IMG_1085IMG_1086 IMG_1073

Bekenalan dengan SI Debab….

Flora dan Fauna 16.9.2010 012Flora dan Fauna 16.9.2010 022 Flora dan Fauna 16.9.2010 002 Flora dan Fauna 16.9.2010 003 Flora dan Fauna 16.9.2010 004 Flora dan Fauna 16.9.2010 006 Flora dan Fauna 16.9.2010 007 Flora dan Fauna 16.9.2010 008 Flora dan Fauna 16.9.2010 009 Flora dan Fauna 16.9.2010 011 Flora dan Fauna 16.9.2010 015 Flora dan Fauna 16.9.2010 016 Flora dan Fauna 16.9.2010 017
Berkanalan dengan Si Debab kuching Hakim anak kak Mai yang kedua.  Memang suka sangat dengan kucing dan semua haiwan yang boleh dipelihara. Sekarang Debab kami dah hantar ke kampung sebab sering menganggu anak-anak arnab kami.