[bismillah+1.jpg]
ASSALAMUALAIKUM dan Selamat datang ke blog laman Myza. Laman ini memaparkan pelbagai flora yang ditanam dan fauna yang dipelihara atau diternak sendiri dan juga kekawan. Selamat menonton.

Selasa, 14 Disember 2010

Dragon fruits

Tinggal kenangan.  Dulu kami mempunyai  kebun dragon seluas lebih kurang 2 ekar.  Tapi sekarang hanya tinggal kenangan kerana telah rosak dijangkiti penyakit. 
IMG_1699
Ini bunga dragon fruits.  Ia kembang pada waktu malam. Kami ambil gambar ni di halaman rumah kami.   Kami ada menanam beberapa batang pokok dragon fruit di halaman rumah kami untuk makan-makan sendiri.
rcbdragon 540rcbdragon 581 
Ini pula gambar pokok-pokok dragon kami di kampung Ramuan Cina Besar.  Tetapi sekarang pokok-pokok tersebut rosak diserang penyakit.  Perlu ambil masa untuk tanam semula.
rcbdragon 582IMG_1706  IMG_1693IMG_1695IMG_1698IMG_0941  dragon2GGambar atas: Dulu pokok kami berbuah lebat. 

Gambar bawah:  Sekarang pokok-pokok tersebut seperti di dalam gambar. 
Prun Naga 3 IMG_4572 IMG_4573 IMG_4574 IMG_4575 IMG_4576 IMG_4577 IMG_4581
Hanya tinggal kenangan.

Isnin, 13 Disember 2010

Pokok epal di halaman

Pokok epal ini juga dihadiahkan oleh rakan Taman Flora.  kami tanam di dalam pasu.  Sudah pun berbunga beberapa kali tetapi sayangnya tidak menjadi.

 143

epal 005 Bunga epal dibukit  mahkota

epal 001 

epal 002 epal 003

epal 004IMG_4368

IMG_4367IMG_4372  

IMG_4370IMG_4369 

IMG_4371

Sabtu, 11 Disember 2010

Mahkota dewa

                Pokok Mahkota Dewa ni dihadiahkan oleh seorang rakan pengemar herba kepada suami kak Mai yang baru pulang dari Indonesia .   Asalnya beliau memberi kami 3 batang anak pokok.  Kami alihkan ke dalam pasu besar.  Kemudian saya telah memberikan sebatang kepada seorang rakan yang benar-benar memerlukannya.  Dan sebatang pula mati. Kami tidak tahu apakah kegunaan pokok ini tetapi menurut kawan suami pokok ni banyak khasiatnya.  Salah satunya untuk mengubati penyakit kanser.

Mahkota dewa 5.12.2010 010

 Mahkota dewa 5.12.2010 003Mahkota dewa 5.12.2010 009

Mahkota dewa 5.12.2010 006 Mahkota dewa 5.12.2010 008

                Awalnya kak Mai tidak tahu bagaimana hendak membiakkan pokok ini.  Buahnya memang banyak  walaupun hanya sebatang pokoknya.  Kak Mai berikan buah-buah tersebut kepada kekawan yang memerlukan untuk dijadikan ubat.  Macam-macam pandangan tentang cara menggunakan buahnya.  Ada yang suruh rebus buahnya dengan 4 cawan air dan dijadikan satu cawan kemudian diminum.  Kak Mai rasa was-was, kak Mai cari dalam internet bagaimana penggunaannya.  Rupa-rupanya buahnya elok dijadikan teh selepas dikeringkan. 

Buah yang banyak kak Mai hiris.  Bijinya kak Mai jemur untuk dijadikan benih.  Sayangnya sebatang pun tak tumbuh.  Kali kedua berbuah kak Mai biarkan jatuh. Beberapa minggu kemudian kak Mai dapati beberapa batang anak pokok tumbuh.  Kak Mai alihkan ke dalam pasu kecil.

Kak Mai pun hadiahkan pokok-pokok tersebut kepada kawan-kawan dan pengunjung rumah kak Mai  yang membeli benih-benih anggur di laman anggur kak Mai.   Terima kasih kepada kawan yang telah memberi kami pokok  ni.   Banyak jasanya dan dapatlah kami  kongsi dengan orang lain. 

Di bawah ini disertakan proses bagaimana menjadikan buah mahkota dewa sebagai tea herba yang sungguh berkhasiat sebagai penawar kanser….insyallah.  Jika berminat boleh kita kongsi bersama-sama.

 

Mahkota dewa 003 Mahkota dewa 001 Mahkota dewa 004 Mahkota dewa 005 Mahkota dewa 006 Mahkota dewa 007 Mahkota dewa 008 Mahkota dewa 009 Mahkota dewa 010

Buah-buah yang telah dihiris bolehlah dijemur atau dikeringkan di dalam oven.  Biar betul-betul kering sebelum direbus menjadi teh herba.

Jumaat, 3 Disember 2010

Belimbing buluh..

 

 Asam Belimbing 003Asam Belimbing 004Asam Belimbing 001   

Belimbing ni pemberian kawan TF .  Kami tanam di tepi rumah.  Sebelum ni pernah berbunga tetapi tak lekat.  Alhamdulillah sekarang ni buahnya sudah mula menjadi.  Dapatlah dipetik untuk dicampur ke gulai ikan.