Bunga ni di hadapan rumah kak Mai. Pokoknya cantik menjalar di tepi pagar. Tapi tak tahan lama bunganya. Bunganya kembang serentak. Tapi bila hujan…..sedih….habis bunganya…..
Ahad, 27 Februari 2011
Ahad, 20 Februari 2011
Petola…..
Sebenarnya kak Mai tak pasti pokok apa yang tumbuh ni. Main semai je…bila tumbuh tak tau pokok ape. Abang kata pokok petola. Nampak macam dah berbunga. Kalau berbuah taulah pokok ape nanti ye…..
Pokok pinang…
Terung putih…
Petang tadi kak mai dan abang ke nurseri berhampiran sebab nak beli tanah. Kak Mai ternampaklah pokok terung yang pelik ni. Abang kata dia pernah jumpa di Penang dulu….tapi tak dapat lagi benihnya….ALHAMDULILLAH hari ni jumpa dah…kami terus beli….INSYALLAH kami akan jadikan benih untuk dibiakkan.
Keladi hiasan…..
Tanduk rusa
D’laman 20.2.2011
Cantik bunga purple ni….tak tau namanya ape…..Rajin berbunga. Tapi bunganya tak tahan lama. Jenis pokok menjalar dan cantik dijadikan hiasan.
Rozel….
Pokok ni kak Mai tanam dalam pasu je…dulu banyak pokok ni di rumah. Air daripada rozel ni sedap. Rasanya seperti air rebena. Hampas daripada rebusan buahnya boleh dijadikan jem. Yummmy……sedap dimakan dengan roti.
Sekarang pokoknya dah tak banyak. Benih yang ada ni pun kak Mai minta 3 butir bijinya di nurseri berhampiran. Allhamdulillah hidup ketiga-tiga pokok ni dan baru mula berbuah. INSYALLAH benihnya mudah dibiakkan…….
Selasa, 15 Februari 2011
Di halaman rumah…
Ruang bersantai……
Pagi dan petang amat sesuai bersantai di sini kerana redup.
Sebelah malam ok juga…
Tengah hari, boleh juga bagi yang berminat nak bakar lemak hu hu hu….
Isnin, 14 Februari 2011
Belimbing buluh 13.2.2011
Belimbing buluh ni di belakang rumah kami di Bukit Mahkota. Pokoknya taklah besar sangat. Lama juga nak tunggu pokok kecil ni berbuah……bila dah berbuah…ALHAMDULILLAH tak berhentilah pula…..Yang mengkagumkan buahnya di sepanjang dahan. Lebih lebat buah daripada daunnya……Syukur dengan rezeki kurniaan ALLAH ni…..
Ahad, 13 Februari 2011
Projek Dusun Warisan Amanda Putri
Assalamualaikum semua….. Hari ini 13.2 2011 kami mula mengorak langkah semula setelah projek dragon fruit mengalami kegagalan kerana serangan penyakit. Beginilah rupa kebun kami……lama kami terhenti. Penat jerih, pengeluaran modal….dan masa….selama lebih 4 tahun tapi akhirnya begini jadinya…..
Semalam kak Mai sekeluarga ke dusun milik kawan di Ulu Semenyih. Kak Mai dan suami menjadikannye sebagai contoh dalam membangunkan semula kebun kami. Kak Mai kagum dengan kegigihan sepasang suami isteri ini kerana walaupun sudah lebih 4 tahun berkebun, tanpa kemudahan air dan elektrik…tapi masih mampu untuk menjadikan impiannya satu kenyataan. Seronok kak Mai masuk ke dusunnya…….
Sebenarnya sudah terlalu lama kami berfikir….apa kami nak buat dengan kebun kami ni??????? Nak tanam semula atau nak dijadikan dusun. Kak Mai lebih kepada sebuah dusun terancang yang dapat memenuhi kepuasan diri. Kak Mai pujuk abang supaya jadikan dusun buah-buahan. Seronok bila dapat kutip sendiri buah durian, petik buah rambutan, berkebun sayur dan memancing ikan bila pulang ke kampung dan berkumpul semua keluarga. Duit boleh dicari…….durian, rambutan, sayur dan ikan boleh dibeli. Tapi tak sama nilainya dengan hasil dari kebun sendiri……..
Mulut Si Putri telah berkata ketika kami melawat dusun kawan semalam “Kan seronok kalau kita punya kebun macam ni, seronok main bawah pokok”….Kata-katanya menusuk sanubari kak Mai….Betul juga kata Si Putri ni…Berlari dibawah bumbung batu tak seindah dan sesegar berlari dan bermain di bawah pepohon hijau. Bila anak-anak dah besar takkan mereka nak berlari dan bermain-main lagi kalau tak sekarang ni……Insyallah 3 tahun lagi mungkin impian Putri akan menjadi kenyataan berlari dan bermain-main di dusunnya sendiri.
Saksikanlah gelagat Hadif dan Hadirah (Amanda Putri – nama pilihan abang)……pengusaha kecil ha ha ha….semangatnyalah juga telah membakar jiwa kami berdua
Sepanjang proses pembersihan semula kebun. Pokok-pokok dragon dan tiang-tiangnya tak mampu dicabut oleh tenaga manusia. Kami menyewa jentolak untuk menolak dan mengalihkan tiang-tiang batu yang amat berat ini. Setakat tengah hari hampir separuh kebun berjaya dikemaskan.
Kunyit dan daun kunyit yang terselamat dari kebun.
Pokok nangka yang ditanam di tepi pagar telah mula berbuah……ALHAMDULILLAH……..
Pokok kantan. Tanaman pertama hari ini sebagai kenangan bagi mengorak langkah. Kak Mai suka pokok kantan ni, disamping digunakan dalam masakan, pokoknya cantik dijadikan hiasan.
Tanaman kedua hari ini ialah dua batang pokok kelapa pandan. Abang menanamnya berhati-hati. Sempat letakkan sedikit dawai sebagai pelindung musuh utama…….Sang Pig Hutan……Kalau tiada ganguan… INSYALLAH…. 2 tahun setengah dapatlah makan isi dan minuman airnya yang wangi bagi menghilangkan dahaga…….Semoga impian kami sekeluarga menjadi kenyataan… Apa yang penting……..Usaha dan Kerjasama…..
Kerja-kerja pembersihan kawasan berhenti rehat jam 12.00. Kalau cuaca ok akan diteruskan jam 2.00 nanti………
Lebih kurang jam 3.00 petang kami kembali semula ke kebun. Terlihat seekor kera sedang meloncat keluar dari kebun…mesti sedang cuba mencari rezekinya di kebun kami…….bertaburan buah markisa di tepi pagar………rezeki kamulah nampaknya Sang Kera………..Kebun kami pun kosong lagi belum ada buah-buahan lain yang boleh dijadikan makanan……..
Kerja-kerja menolak pokok-pokok dragon diteruskan semula……mungkin sudah bermula dari jam 2.00 petang tadi…Beginilah rupanya saat-saat terakhir kebun Dragon Fruit kami…..
Dengan tolakkan terakhir pokok dragon fruit ini………..maka akan bermulalah projek baru.. “DUSUN WARISAN AMANDA PUTRI”……sama-samalah berdoa akan kejayaannya. INSYALLAH.